OTAI79 KAMPUNG BETANAK
http://otai79betanak.blogspot.com
Ahad, 8 Mei 2011
Ahad, 17 April 2011
HIBURAN:1 Malaysia - Limkokwing Sound and Music Design Academy 'C.S.D.P 34' - Sp...terbaik dari Cikgu Shida....http://cikshidadariparitmimingartvideos
Video ini saya cari di You Tube selepas terbaca dalam mingguan Metro hari ini 17 April 2011 muka depan sekali,.tajuk dimuka hadapan Mingguan Metro "Cikgu Gila-Gila"..bila saya baca isi kandungan akhbar tersebut saya amat terkejut bahawa seorang cikgu sekolah rendah berbakat besar dalam bidang seni video miming..Beliau hanya cikgu biasa,tetapi yg lebih menarik,beliau memiliki SEJUTA peminat dari seluruh dunia berikutan hobi pelik beliau melakonkan klip video miming gila-gila nyanyian artis terkenal.
Jumaat, 15 April 2011
PULAU BERUIT: Penduduk Pulau Beruit Akan Dipindah kekawasan Berhampiran Tanjung Manis.
PADA Program Ziarah bersama MARA di Pulau Bruit, pagi tadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan rancangan pemindahan penduduk dari pulau berkenaan ke kawasan penanaman kelapa sawit berhampiran Tanjung Manis di Belawai.
"Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) sudah bersetuju untuk menyediakan tanah seluas hampir 3,000 hektar sebagai tapak pemindahan dan Kerajaan Pusat akan menanggung kos lebih RM100 juta untuk membuka penempatan itu.
"Penduduk di kawasan pulau itu memerlukan tempat baru untuk memastikan mereka lebih produktif sekali gus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.
Sabtu, 26 Mac 2011
VIDEO:Kampung Betanak.
Nak tengok video klik je kat sini Kampung Betanak Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Kampung Betanak Slideshow ★ to Sarawak. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Selasa, 22 Mac 2011
Isnin, 21 Mac 2011
Ahad, 20 Mac 2011
BERITA: Dengar Rintihan Kami Penduduk Pulau Beruit.
Surat khabar Metro Ahad,memaparkan berita mengenai rintihan penduduk Pulau Beruit mengenai kemudahan asas bekalan air bersih,jalan raya dan bekalan elektrik yang dijanjikan oleh kerajaan sejak sekian lama,tetapi sampai kehari ini kemudahan asas tersebut hanya janji tinggal janji..negara kita Malaysia sudah lama Merdeka tetapi penduduk di Pulau Beruit ini masih jauh ketinggalan kebelakang dari segi arus pembangunan,tidak seperti tempat-tempat lain yang sudah sekian lama menikmati arus pembangunan..diharap kerajaan mengambil serius perkara ini demi keselesaan penduduk Pulau Beruit yang majoritinya penyokong Barisan Nasional..Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Rabu, 16 Mac 2011
Betanak: Bermukun@Betandak.
Bermukun@Betandak adalah antara hiburan orang dulu-dulu dimasa keramaian ataupun dimajlis perkahwinan,Bermukun@Betandak masih diamalkan sehingga ke generasi alaf baru,dikampung Betanak Bermukun@Betandak kebiasaannya diadakan pada satu majlis tertentu seperti majlis perkahwinan..seperti kita sedia maklum,Bermukun@bertandak ini sememangnya popular di setiap Daerah diseluruh kampung dalam Negeri Sarawak..
Sabtu, 5 Mac 2011
Betanak: Antara Makanan Kegemaran Penduduk Betanak
Inilah antaranya makanan yang agak popular dan diminati penduduk disini (Betanak),selalunya makanan sebegini boleh didapati pada musim ikan iaitu antara bulan mac sehingga jun setiap tahun..seandainya pengunjung blog ini ingin merasa makanan seperti dalam gambar diatas,berkunjunglah kekampung Betanak pada bulan mac hingga jun setiap tahun..anda akan merasa sendiri keenakan masakan penduduk kampung Betanak.
Ahad, 19 Disember 2010
BETANAK: Sejarah Asal-Usul Kampung Betanak
Menurut cerita penduduk kampung, Kampung Betanak mula wujud pada tahun 1915. Sekumpulan kaum Melanau Liko datang dan membuka kampung ini. Mereka berpindah dari Balingian untuk mencari penempatan baru untuk didiami.
Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Betanak mempunyai ilmu batin yang mampu menewaskan musuh. Oleh kerana ilmu yang dimilikinya itu, beliau mampu menewaskan serangan lanun yang mahu menceroboh penempatan mereka. Setiap lanun yang menjejakkan kaki ke tanah kampung akan menemui ajal. Lanjutan daripada peristiwa itu, nama Betanak diambil untuk menamakan penempatan baru mereka itu.
Sabtu, 11 Disember 2010
PULAU BERUIT: Lagi Laporan Akbhar Mengenai Pulau Beruit "Pulau Beruit In Dire Straits"
by Wilfred Pilo. Posted on December 11, 2010, Saturday
KUCHING: The people living in Pulau Bruit are in dire straits, especially for road connectivity and clean water supply.
According to the book, “Sarawak and Its People”, the inhabitants of Pulau Bruit in Daro district has been in existent before 1830.
HIGH TIDE: Islanders rely on river transport to reach other village.
Villagers get ready to take their ride to the other villager.
Today, the community was made up of mostly fishermen and farmers, earning an average income of RM700 monthly.
Since his appointment in 2007 as the community headman of Kampung Bruit, 58-year-old Penghulu Razeli Bujang said that he was optimistic and hopeful that the government will help the islanders in terms of social, economic and infrastructure developments.
Razeli, who was the main host for Kuching Specialist Hospital Community Outreach Programme from Dec 3 to 5 to the island, said that as their community leader he understood the current plight of the people and their wishes from the state government.
But the former army, also the headman of the largest village on the island, urged his fellow islanders to be patient because developments would come in stages to help them out of hardships and improve their living standard.
He told reporters that even though they were categorised in the hardcore poor group, they have to continue working hard and find ways to bring home earnings.Razeli revealed that fishermen can only sail out to the sea for four months in a year and earned around RM350 per month whilst farmers who relied on paddy planting get around RM300 per month.
He said that at other times, the fishermen and farmers earned their extra incomes from working as a general labourer, mending the homes of fellow villagers or did odd jobs at the mainland, outside the island.
On the living conditions, Razeli said the priority was for clean water supply but they understood that the government could only provide the supply only by 2012. Mean time, they relied on rain water for drinking, washing, sanitation and carrying out other chores. The villagers will be worry free during rainy season or when a heavy downpour but during the period of drought, they would heavily depended on outside help.
Every household were given at least 4 or 5 water storage tanks by the government to ensure that they have enough daily water ration. Unfortunately, the island has no water catchment area and the underground water is dirty and salty, making it difficult to find clean water.
On inland connectivity, Razeli said that the only good tar road on the island is the 7 to 8 kilometre road from Kampung Bruit to Kampung Tekajong. People in Pulau Bruit still use the water ways as mean of transportation to get to other villagers and so depended on the water tide.
Razeli disclosed that, with a population of about 2,000, some 400 people had left to live outside the island. He said many left the island to overcome hardship while some chose to live with relatives and family members working in towns and cities.
Like any responsible community headman, he hoped that the islanders would be better educated and lived a better life elsewhere but must not forget their roots and families still at the island.
There are around 205 students studying at Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit at present and more than 100 have gone to study in SMK Daro, SMK Igan and other secondary schools in Sibu.
Despite their poverty and hardship, Kampung Bruit has produced 29 graduates so far. Razeli was glad that these people will have a much better life and hoped that they can help their relatives who still reside on the island.
The islanders relied on government for various assistants to ensure that life on the island continue as normal without major illness. Razeli extended his gratitude to the KCSH Community Outreach Programme which provided medical and other services to them.
“We know that they are people who are concerned about us here and we hoped more such programme can reach the island so that we can get additional and better medical treatment other than the community clinic on the island,” he said.
Lead by director of KCSH and Usaha Cendera Ngeng Eng Cheng, more than 50 volunteers including two consultant specialist doctors, five medical doctors and two dentists assisted by volunteer nurses and medical assistants joined the programme.
Apart from these medical personnels, also participating in the programme were staffs from National Registration, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) and Agriculture Department, providing registration service for identity cards and documents, education and agriculture counselling as well as talks on ways to boost their social economic standing.
During the three days trip, medical personnel attended the islanders and discovered that more than 40 per cent of them have hypertension, high sugar level which could lead to type II diabetes and eye diseases that could jeopardise their sight.
The government has planned a project costing RM400 million for road connectivity and clean water supply in 2012 to solve the dilemmas of the people in Pulau Bruit.
Jumaat, 10 Disember 2010
PULAU BERUIT: "KARAM" Asam Garam Penduduk Pulau Beruit
Bagi penduduk Pulau Beruit "KARAM" adalah perkara biasa bila tiba musim tengkujuh,akan tetapi apabila penduduk luar dari kepulauan Beruit ini mengalami peristiwa "KARAM" berkemungkinan besar akan mengalami "trauma" untuk menjejaki laut cina selatan dikepulauan Beruit ini dan sudah diakui oleh beberapa orang luar yang pernah mengalami bot "KARAM" dilaut cina selatan dikepulauan Beruit..bagi penduduk dikepulauan Beruit,ombak laut cina selatan memang terkenal dengan "KEGANASANNYA" bila tiba musim tengkujuh.
PULAU BERUIT: Jalan Raya Diperlukan
Keratan akbhar diatas adalah sempena lawatan Ketua Menteri Sarawak ke Pulau Beruit pada 03 Disember 2010
Sisipan dari keratan akbhar diatas:
"Pembangunan Pulau Beruit masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan lain dinegeri ini..namun begitu diharap penduduk di Pulau Beruit ini berfikiran terbuka kearah membangunkan ekonomi negara" Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak.
Rabu, 8 Disember 2010
PULAU BERUIT: Empat Bulan Berpuaka
Serpihan Peristiwa "Empat Bulan Berpuaka"
1] Lima penumpang termasuk seorang juragan hanyut hingga kesempadan laut Filipina apabila bot mereka mengalami kerosakan enjin selepas dilambung ombak berhampiran Penipah pada 18 Oktober 1984.
2] Mayat seorang warga emas dijumpai tersangkut diatas pokok selepas keluar mencari siput laut di kampung Betanak sekitar 1992.
3] Sekumpulan nelayan karam dalam perjalanan membawa hasil padi ke sarikei di muara sungai Beruit pada tahun 1998.
4] Sekumpulan warga pendidik dari semenanjung Malaysia yang baru berpindah tugas ke Sarawak karam diperairan Beruit,ketika banjir besar dan musim tengkujuh pada tahun 1998.
5] Seorang juragan dan tiga kontraktor terpaksa bermalam didalam lumpur selepas bot mereka karam berhampiran kampung Penuai pada tahun 2010.
Ahad, 21 November 2010
UMUM: Asal Usul Nama Pulau Bruit
Pulau Bruit merupakan sebuah pulau yang terbesar di negeri Sarawak. Pada asalnya pulau ini tidak mempunyai nama dan hanya dijadikan sebagai sebuah tempat untuk bercucuk tanam oleh penduduk yang tinggal ditanah besar. Tanah dikawasan pulau ini adalah sangat subur dan kesuburan ini masih kekal sehingga sekarang. Oleh kerana terkenal dengan kesuburan ini segelintir peneroka awal dari tanah besar telah membuka sebuah penempatan dipulau ini iaitu dikenali sebagai Kampung Bruit pada masa sekarang. Peneroka-peneroka ini membuka petempatan ini di muara sebuah sungai iaitu sungai Nyiuk. Peneroka-peneroka ini menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Pada masa tersebut boleh dikatakan rezeki dikawasan inisangat murah sehinggakan nelayan hanya perlu menangkap ikan di kawasan muara sungai sahaja dan pendapatannya sangat lumayan. Disebabkan keadaan yang sangat makmur dan mewah ini maka ramailah orang berpindah kekawasan, ini maka wujudlah sebuah kampung yang mempunyai ramai penduduknya. Kehidupan di kampung ini sangat aman dan tenteram walaupun tiada ketua yang sah dikalangan mereka. Setiap permasalahan akan dibincang bersama bak kata pepatah “ berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing “. Didalam kampung ini terdapat seorang penduduk yang sangat rajin dan bekerja sebagai seorang nelayan. Dia merupakan seorang penduduk yang sangat bertanggungjawab, amanah dan sangat dihormati oleh semua penduduk kampung pada masa itu. Ini adalah kerana dia tidak pernah menolak untuk menolong seseorang yang dalam kesusahan sehinggakan dia menjadi rujukan kepada orang kampung dalam membuat sebarang keputusan berkenaan permasalahan kampung. Selain itu beliau juga adalah merupakan orang yang paling berpelajaran dikalangan mereka kerana beliu adalah salah seorang penduduk yang bodimaksudkan ini ialah Ngah Dulik. Pada suatu hari, seperti biasa Ngah Dulik turun ke muara sungai untuk menangkap ikan. Sesampainya di muara sungai Ngah Dulik terus menebarkanjalanya. Setelah jala diangkat Ngah Dulik Amat terkejut kerana banyak ikan yang telah tersangkut pada jalanya ikan ini terlalu banyak dari biasa. Tanpa membuang masa Ngah Dulik mengangkat jalanya kedalam perahu dan didapati perahunya sarat dengan ikan yang telah didapatinya tadi apabila mendapati perahunya terlalu sarat Ngah dulik membuat keputusan untu balik. Sesampainya dirumah isteri Ngah Dulik amat terkejut kerana dia pulang terlalu awal. Ngah Dulik terus menceritakan kepada isterinya tentang apa yang telah berlaku padanya semasa menagkap ikan tadi. Pada keesokan harinya, Ngah Dulik pergi untuk menangkap ikan lagi. Nasib Ngah Dulik Sangat baik dan dengan sekali tebar sahaja sudah cukup untuk membuat perahunya penuh dengan ikan. Ngah Dulik sangat baik orangnya dan beliau bukannya dari golongan yang tamak, setelah ikan pada jalanya dipunggah ke perahu dia langsung pulang kerumah. Setibanya dirumah isterinya sangat gembira melihat kerana Ngah Dulik pulang dengan rezeki yang banyak.Pada hari seterusnya Ngah Dulik sekali lagi pergi ke muara sungai untuk menangkap ikan. Sesampainya di muara Ngah Dulik Terus menebarkan jalanya, akan tetapi seekor ikanpun tidak melekat pada jalanya. Tanpa berputus asa beliau terus cuba menebar jalanya. Walau bagaimanapun setiap kali jalanya ditebar setiap kalilah jalanya kosong sahaja. Perkara tersebut berlaku sehinggalah sampai ke tengah hari. Ngah Dulik merasa letih dan mengambil keputusan untuk balik, tetapi sebelum pulang dia menebarkan jalanya untuk kali terakhir pada hari itu. Setelah ditebar Ngah Dulik menarik jalanya akan tetapi terdapat sesuatu yang sangat berat berada di dalam jalanya, dia cuba untuk menarik jala tersebut akan tetapi gagal. Ngah Dulik membuat keputusan untuk pulang kerumah sementara menanti air surut untuk mengambil jalanya semula. Setelah air surut Ngah Dulik meminta pertolongan dari beberapa orang anak muda untuk menemaninya kemuara sungai. Ini adalah kerana pada masa tersebut hari sudah pun gelap. Dengan bersuluhkan jamung mereka pergi ke kawasan tempat jalanya melekat. Sesampainya dikawasan itu, alangkah terkejutnya mereka kerana didapati jala Ngah Dulik telah tersangkut padasebuah batu yang sangat besar. Dan batu tersebut tidak pernah dilihat sebelum itu. Tanpa berlengah mereka terus mengambil jala tersebut dan tiba-tiba salah seorang anak muda yang menemani Ngah Dulik menemui satu tulisan Jawi yang sangat besar pada batu tersebut. Ngah Dulik mendekati batu itu dan membaca tulisan tersebut akan tetapi beliau tidak memberitahu kepada anak-muda yang menemui tulisan itu tadi. Setelah beberapa lama mereka pun pelang semula ke rumah masing-masing. Keesokan harinya hebohlah berita berkenaan batu tersebut. Untuk mengesahkan cerita tersebut maka ramailah penduduk berkampung dikawasan muara sungai untuk melihat sendiri akan batu tersebut. Setelah air surut mereka tidak mendapati apa-apa di kawasan tersebut, apatah batu besar batu kecil pun tiada. Selang sebulan selepas itu, sebuah kapal telah berlabuh di muara sungai tersebut dan disisi kapal tersebut terdapat tulisan Jawi yang berbunyi “Sri Bruit” maka hebohlah seluruh kampung tentang kapal tersebut sehingalah terdengar oleh Ngah Dulik. Untuk mempastikan hal tersebut dia mengajak anak muda yang menjadi temannya mengambil jala pada masa itu pergi ke sisi kapal itu. Setelah terpandang akan tulisan tersebut Ngah Dulik tersenyum dan berkata kepada anak muda yang bersamanya tadi bahawa itulah tulisan yang terdapat pada batu yang ditemui oleh mereka pada malam tersebut. Sesampainya dikampung anak- anak muda ini menyampaikan berita tersebut kepada semua penduduk disitu.Untuk kepastian maka penduduk dating berpusu-pusu ke rumah Ngah Dulik untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Dalam pertemuan tersebut Ngah dulik menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir. Setelah itu dengan sebulat suara merekapun berbincang untuk menama kan kampung tersebut Sebagai “Sri Bruit” dan melantik Ngah Dulik sebagai ketuanya. Setelah beratus tahun berlalu bersempena dengan nama kampung tersebut pulau ini dinamakan Pulau Bruit iaitu kampung yang tertua yang telah wujud di dalam pulau tersebut. Akan tetapi pada masa ini nama “Sri” padapangkalnya sudah tidak digunakan lagi dan sehingga sekarang tidak diketahui mengapa pangkal nama tersebut tidak lagi digunakan.[gambar sekadar hiasan]
Ditulis Oleh:MEHIZAN BIN METAMIN INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK KPLI KDC-SR PEMULIHAN KHAS
Jumaat, 19 November 2010
BETANAK: Masjid Al-Quddus Kampung Betanak
Masjid Al-Quddus adalah masjid baru menggantikan masjid lama yang telah uzur keadaannya,.Masjid Al-Quddus telah mula digunakan pada penghujung tahun 2008..yang menariknya tentang masjid Al-Quddus ini adalah dari segi kebersihannya dan atur susun peralatan didalam masjid Al-Quddus..kepada sesiapa saje yang memasuki masjid ini,akan terpegun dengan keadaan yang tersusun kemas serta bersih..Kerja pembersihan dikawasan luar atau dalam Masjid ini dilakukan bersama-sama oleh jawatan kuasa masjid Al-Quddus..Kerja-kerja pembersihan biasanya dilakukan pada hari jumaat dan pada hari-hari biasa [isnin hingga ahad] pula dilakukan oleh En.Ramli bin Saberi yang bertindak sebagai Marbot dalam jawatan kuasa Masjid Al-Quddus dan dibantu oleh En.Haji Badri bin Drahman Pengerusi Masjid Al-Quddus..
Berikut adalah nama-nama pemegang jawatan di Masjid Al-Quddus:
1.Saluhi bin Kalali [IMAM 1]
2.Bedihi bin Issa [IMAM 2]
3.Sapawi bin Mahdi [IMAM 3]
4.Helen bin Mahjim [BILAL]
5.RAMLI BIN SABERI [MARBOT]
Selasa, 16 November 2010
UMUM: Selamat Hari Raya Aidiladha
Ahad, 14 November 2010
BETANAK: Banjir Kilat Melanda Kepulauan Beruit
06-11-2010 Banjir Kilat @ air pasang besar melanda Kampung Betanak:
Beginilah keadaannya bila musim air pasang besar atau banjir kilat...selalunya banjir kilat melanda dikepulauan Beruit pada penghujung tahun dalam bulan november hingga mac tahun berikutnya,keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk disini,permasalahan utama akibat banjir kilat ini adalah kerosakan tanaman padi dan para nelayan tidak dapat turun kelaut untuk menangkap ikan atau udang..pada tahun ini 2010 banjir kilat agak luar biasa,kerana tali air (ban) pecah menyebabkan air masin melimpah kedalam bendang sawah dan keseluruh pelusuk kampung menyebabkan padi semua rosak dan jalan kampung dipenuhi lumpur,disebabkan kejadian bencana alam ini,penduduk disini mengalami kerugian yang agak besar kerana hasil tanaman padi mereka telah rosak teruk akibat bencana ini.
Jumaat, 5 November 2010
SARAWAK: GPS Terus Melangkah Kehadapan
Sepertimana yang kita ketahui kumpulan ini (GPS) bukanlah kumpulan anti BN atau lebih tepat PEMBANGKANG..kumpulan ini tidak melibatkan mana-mana parti politik diMalaysia..utk keterangan lanjut mengenai GPS sila baca keratan akbar utusan borneo bertarikh 02-11-2010 atau terus menghubungi saudara Hailmi@ujey diFB.
Sabtu, 9 Oktober 2010
BETANAK: Kemeriahan Dihari Raya Aidilfitri
Beginilah kemeriahan hari raya dikampung Betanak..tahun ini (2010) hari raya disambut dengan sederhana tapi tetap meriah dengan karenah anak-anak kecil yang datang kerumah untuk menjamu kuih muih dan untuk mendapatkan duit raya daripada tuan punya rumah,itulah adat kebiasaan dikampung ini dan kampung-kampung bersebelahan...sempena dihari raya ini,penduduk akan bekunjung kerumah rakan-rakan sekampung dan sudara mara terdekat untuk berhari raya dan meminta ampun serta maaf sekiranya ada salah dan silap diantara mereka manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.jesteru itu penduduk disini mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan setibanya dihari raya aidilfitri..penduduk disini sentiasa memelihara keharmonian dalam keluarga mereka..Bekunjunglah ke Kampung Betanak untuk merasa sendiri kemeriahan dihari raya aidilfitri walaupun disambut secara sederhana tetapi tetap meriah.
BETANAK: Suasana Dihari Raya Aidilfitri
Selepas sembahyang dipagi hari raya penduduk disini akan pergi menziarahi kubur untuk membaca yasin dan al-fatihah kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia..selepas menziarahi kubur,penduduk disini akan pergi kerumah masing-masing untuk meminta ampun dan maaf dari mak dan ayah masing-masing dan selepas itu penduduk disini menjamu selera dipagi hari raya...sebelah petang pula penduduk disini akan bertandang kerumah saudara mara untuk menjamu kuih muih (belanggar meja @ melatak lebuk) sambil bersalaman tanda minta maaf seandainya ada diantara mereka membuat kesilapan.
Jumaat, 3 September 2010
SARAWAK : (Berita Harian) Yayasan Sejahtera lancar program Food Pantry.
LANGKAH BASMI KEMISKINAN TEGAR 11,000 PENGHUNI PULAU BERUIT.
PULAU BRUIT: Yayasan Sejahtera, sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi menangani dan membasmi kemiskinan tegar dalam negara kelmarin melancarkan program 'Food Pantry' bagi membantu mengatasi dan membasmi kemiskinan tegar di Pulau Bruit, yang terletak di daerah Daro dalam bahagian Mukah, Sarawak.
Pulau itu dipilih berikutan keadaan kira-kira 11,000 penduduknya yang masih dihimpit kemiskinan tegar dengan 90 peratus daripada mereka kebuluran dan kekurangan zat makanan selain sering kali berdepan wabak taun dan denggi berpunca daripada masalah persekitaran yang kurang bersih.
Melalui program ‘Food Pantry’ ini beberapa bungkusan makanan diagihkan kepada seluruh penduduk bagi menghadapi kedatangan musim monsun, oleh Pengerusi Yayasan Sejahtera, Datuk Seri Shahrir Samad yang turut dibantu Datuk Seri Asfiah Awang Nassar yang mewakili Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman.
Program ‘Food Pantry’ bertujuan mengurangkan masalah kebuluran dan kekurangan zat makanan yang dihadapi penduduk Pulau Bruit dan pada masa sama turut mendedahkan penduduk terhadap pengetahuan mengenai kesihatan dan kepentingan nutrisi makanan.
Yayasan Sejahtera akan terus membantu menyediakan keperluan makanan untuk lebih 2,042 keluarga ketika musim kritikal iaitu ketika monsun dan ia inisiatif jangka masa panjang bagi menangani masalah kebuluran.
Selain itu, ia juga bagi membantu penghuni pulau memperbaiki teknik pertanian untuk menjamin kehidupan dan membantu mereka menyediakan bekalan makanan yang mencukupi pada masa depan.
Yayasan Sejahtera diwujudkan di bawah naungan Jawatankuasa Pencapaian Tinggi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Putrajaya untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia.
Melaluinya, Yayasan Sejahtera akan mengenal pasti beberapa komuniti yang memerlukan bantuan bagi membentuk kehidupan lebih baik dengan menyediakan kelengkapan, kemahiran dan infrastruktur.
Ia juga turut melaksanakan usaha mengumpul dana melalui pelbagai projek yang dijalankan dan mengalu-alukan bantuan serta derma daripada orang awam. Sumbangan boleh dibuat menerusi laman web Yayasan Sejahtera atau melalui laman web Maybank2u di bawah Tabung Maybank Sejahtera.
INFO: Program Food Pantry
Bertujuan mengurangkan masalah kebuluran dan kekurangan zat makanan yang dihadapi penduduk Pulau Bruit.
Menyediakan keperluan makanan untuk lebih 2,042 keluarga ketika musim kritikal.
Membantu penghuni pulau memperbaiki teknik pertanian.
YAYASAN SEJAHTERA LANCAR PROGRAM FOOD PANTRY
OLEH SHAARANI ISMAIL
BHNEWS@BHARIAN.COM.MY
2010/09/03
Khamis, 2 September 2010
SARAWAK: DUN SEMOP-Pemikir Ganti Asfia?
by Sebanaku Sarawak
KUCHING: A University Darul Iman lecturer cum blogger Mohammad Hailmi Sajili has been enlisted as one of the two potential candidates to replace the Semop assemblyman Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar should the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) top leadership finally decides to drop the incumbent in the coming state election.
His name appears in one of the two lists of candidates that came out from the Chief Minister’s Office recently.
Mohammad Hailmi Sajili, however, will not surprise at all with this inclusion as he was approached early this year on the possibility of him to stand in the constituency.
Apparently the bad publicity which Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar had received for the alienation of the state land to a Chinese company in his area has helped to make the final push in putting Mohammad Hailmi Sajili's name into the list.
And to the certain extent, the exposure given by this blog on his wrong doings has caught the attention of the PBB top leadership – causing Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar to come up with a contingency plan to exit from the scene gracefully.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar knows very well that his days as the kingpin are virtually over.
He also knows that many elected representatives are now grinding their axes waiting for the moment to leap at him and kill him as well as his 'right hand man' YB Abdul Karim Rahman Hamzah.
In the past few years, these two guys had causing a lot of problems to many elected representatives – regardless of which party they are from – by giving 'wrong' information to Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar – and to the certain extent his 'right hand man' YB Abdul Karim Rahman Hamzah – has to find ‘creative’ ways to make himself as indispensable to the party or this term would be his last.
However, the lists are actually recommendations made for the attention of Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
It is normal for Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to receive lists of recommended candidates from trusted sources before an election.
He would look through the recommended lists and would come up with his own list, which is considered as the final one.
However, in respect of Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, if he cares to ask around, he should know that his days are numbered.
It seems that he is going to be among the 20 percent of those who are to be dropped in the coming state election - unless he can find ways to make himself indispensable to PBB....by sebanaku sarawak http://sebanaku-sarawak.blogspot.com/
Selasa, 31 Ogos 2010
BETANAK: Tempat Beribadat (masjid)
[Masjid Baru]<
[Masjid Lama]
Dikampung Betanak,.majoriti penduduknya adalah beragama islam..oleh itu kemudahan tempat beribadat memang ada disediakan seperti masjid atau surau.begitu juga dengan kampung-kampung bersebelahan kesemua penduduknya beragama islam..oleh itu masjid lama dikampung Betanak sudah tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai datang untuk menunaikan solat,lebih-lebih lagi pada musim perarayaan iaitu Hari Raya,.oleh sebab itu juga Masjid Baru telah dibina dengan keluasan yang agak besar dan mampu menampung jemaah yang ramai untuk mengerjakan solat dengan selesa..Diatas menunjukan gambar masjid lama dan Baru.
BETANAK: Kemudahan Klinik Kesihatan Betanak
BETANAK: Dewan Serba Guna
Ahad, 29 Ogos 2010
SARAWAK : Brighter Time For Pulau Bruit
PULAU Bruit, which encompasses about 530 sq km, is poised to become a major tourist destination in Sarawak. The island, together with nearby Muslim-Melanau Kampung Penipah and Kampung Tekajong along the Rajang River, is now set for prosperous times.The villages have a combined population of 8,000, most of whom are padi farmers and fishermen.
Waterway: The many fishing boats on the river make it look congested.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced plans to develop the island into a major tourist destination during the Sibu by-election in May this year.
Earlier, on April 28, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced a RM28mil infrastructure project to upgrade it into an agropolitan centre. Of the allocation, RM10mil was to supply clean water to the island.
Pulau Bruit, the second largest island in Malaysia after Pulau Langkawi, has been placed on the priority list for development by the state due to its location in the Sarawak Corridor of Renewable Energy.
Simple but effective: The LKIM office in Pulau Bruit.
It is about 64km from Sibu and the journey takes two-and-a-half hours by speed boat or express boat via Daro and Semop. It includes a half hour cruise on the South China Sea.
The trip to Sibu and back is costly for locals who have to fork out RM20 to RM30 per person. It can also be traumatic if the sea is stormy.
StarMetro recently visited Kampung Penipah and met Chinese-Melanau fisherman H.K. Yii.
Yii said that construction of a road linking Kampung Penipah and Kampung Tekajong began in 1986.“Construction of the proposed 4km road, however, was ended abruptly and the villagers have had to wait for the past 24 years. We hope it will finally be completed this year,” he said.
Rural setting: A motorcyclist negotiating his way on the narrow concrete paths of Kampung Pulau Bruit.
“We desperately need a road linking the villages here to Sibu to enable us to transport our fish, vegetables and poultry. The road will make delivery cheaper and faster by one and half hours to Sibu.”
Kampung Penipah does not have a clinic. A patient has to travel for 40 minutes by longboat to theTekajong Health Clinic and this can be done only during high tide.All the fishermen in the villages are also padi farmers.The fishing season is from March to May and this is followed by the prawn season from June to August. From September to December is the padi cultivation season.
The villagers mend their fishing nets or take vacations from January to February.Some of them plant cash crops like yam and sago during these two months as well.Educated youths from the villages have become workers in the private and public sectors.Some have settled down in foreign places like the Middle East, England, Singapore and Peninsular Malaysia.
Perhaps it is a trend for them to leave their loved ones behind in search of a bright future abroad and sacrifice their serene livelihood here.
at 12:06 AM
Thursday August 5, 2010 Brighter times for Pulau Bruit
BY WILLIAM CHIAN SARAWAKSTAR@THESTAR.COM.MY
Rabu, 25 Ogos 2010
UMUM: Antara bukti pendapatan melalui Mangga Ads
walaupun masih baru dalam dunia blogger,..kita harus berani mencuba sesuatu yang baru, dengan adanya Mangga Ads kita boleh memperolehi pendapatan tampa kita sedari melalui blog kita sendiri menerusi Mangga Ads, untuk keterangan lanjut sila klik pada mana2 iklan Mangga Ads yang ada disini...Disini juga saya sertakan bukti-bukti mereka yang telah berjaya bersama Mangga Ads, walaupun pendapatannya sedikit tapi ia beterusan tampa kita sedari..Mari bersama saya menjana pendapatan tampa sedar melalui blog anda sendiri menerusi Mangga Ads,kita kena berani mencuba sesuatu yang baru, bak kata pepatah melayu kita, belum cuba belum tau,kalu dah cuba baru kita tau :-)
Isnin, 23 Ogos 2010
BISNES: Menjana pendapatan melalui blog anda
Kepada siapa mempunyai blog,.mari bersama saya menjana pendapatan melalui blog anda sendiri menerusi Mangga Ads..untuk keterangan lanjut,sila klik gambar iklan diatas,anda akan mengatahui macam mana blog boleh menjana pendapatan tampa sedar anda...selamat mencuba Mangga Ads.
Sabtu, 21 Ogos 2010
PULAU BERUIT: Antara kampung-kampung menghadap laut cina selatan (LCS)
Langgan:
Catatan (Atom)