Ikan lumek banyak terdapat dikampung Betanak dan kampung sekitarnya juga,..isi ikan ni sedap,.lebih sedap lagi kalau dah disalai,(ikan lumek salai),.lumek salai sangat rumit sikit keja nya,..kena potong kepala,.buang isi perut,.kena cuci dengan air bersih kemudian barulah di salai kat tempat yang dikhaskan untuk menyalai ikan ni,..bukan setakat tu je,.kena jaga sampai siap,takut ikan lumek hangus,.lumek salai makanan kegemaran penduduk disini.
Sabtu, 24 April 2010
IKAN LUMEK
Ikan lumek banyak terdapat dikampung Betanak dan kampung sekitarnya juga,..isi ikan ni sedap,.lebih sedap lagi kalau dah disalai,(ikan lumek salai),.lumek salai sangat rumit sikit keja nya,..kena potong kepala,.buang isi perut,.kena cuci dengan air bersih kemudian barulah di salai kat tempat yang dikhaskan untuk menyalai ikan ni,..bukan setakat tu je,.kena jaga sampai siap,takut ikan lumek hangus,.lumek salai makanan kegemaran penduduk disini.
Jumaat, 23 April 2010
PANDANGAN: Khas untuk tatapan wakil rakyat N36
KUMPULAN PENTING MASA KENDURI~KENDARA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI "ORANG DALAM"
STRUKTUR RUMAH DI KAMPUNG BETANAK
Semua rumah penduduk disini hampir sama,.ada tiang tinggi dan kita kena naik tangga untuk masuk kedalam rumah,.tk sama dgn rumah kampung ditempat lain..sruktur rumah disini memang dibuat macam ni,sebab kawasan pekampungan disini bedekatan dengan laut dan selalu dilanda air pasang besar atau orang panggil 'air bah'
Khamis, 22 April 2010
MANG (udang darat)
siapa kenal haiwan ni?..penduduk disini khususnya penduduk kampung betanak cukup kenal dengan haiwan ni,.penduduk disini menggelar haiwan ni (MANG) atau UDANG DARAT,.ini adalah salah satu makanan tradisi penduduk disini,kebiasaannya haiwan ini banyak terdapat di kampung ni bila musim hujan atau musim air pasang besar,.isi haiwan ni lebih kurang sama dengan isi ketam nipah.
SUASANA PEMANDANGAN DESA DI KAMPUNG BETANAK
Rabu, 21 April 2010
BOT LAJU MAJU BETANAK
BOT ENJIN SANGKUT: Pengangkutan utama penduduk Betanak
PETANI: Pekerjaan utama penduduk (sumber pendapatan utama)
Jasa petani tak boleh kita lupakan begitu juga dengan penduduk dikampung Betanak
petanian adalah pekerjaan dan sumber rezeki utama mereka selain menangkap ikan(nelayan)...yang uniknya padi~padi yang ditanam tidak sama dgn padi~padi ditempat lain contohnya;padi Bario,padi y,.padi saga dan bnyk lagi jenis2 padi yang lain dan tidak terdapat ditempat-tempat lain khususnya disemenanjung..Padi~padi ini mendapat sambutan yang tinggi oleh peraih2 padi@beras dibandar sarikei dan sibu,harga padi@beras ini sngt tinggi,ini juga antara faktor yang menyebabkan hampir semua penduduk disini menanam padi sebagai sumber pendapatan utama mereka.
NELAYAN: Antara pekerjaan utama penduduk.
Nelayan adalah sumber pendapatan utama kampung Betanak,..ia mengikut musim seperti musim ikan,.musim udang(payak),.musim obor~obor dan musim udang kecil(bubuk)...pada musim tengkujuh penduduk di kampung Betanak tidak pergi kelaut seperti mana nelayan~nelayan ditempat lain juga,masa ini lah nelayan~nelayan disini mencari sumber pendapatan lain seprti mencari ketam,,lokan dan sebagainya dan ada juga yang melapangkan masa bersama keluarga serta bercucuk tanam secara kecil~kecilan untuk menampung keperluan harian.
BEGOTONG~ROYONG MASA KENDURI~KENDARA
BEGOTONG~ROYONG ADAT TRADISI PENDUDUK KAMPUNG BETANAK
untuk pengatahuan semua,begotong~royong adalah amalan yang baik,itu lah yang diamalkan oleh penduduk kampung Betanak dari dulu sampailah kehari ni,ia juga boleh mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain,.didalam gambar diatas menunjukan penduduk kampung Betanak sama~sama begotong~royong untuk membaiki jalan yang telah rosak akibat air pasang besar (air bah)
Langgan:
Catatan (Atom)





