Kampung Betanak dan kampung2 sekitarnya pada ketika ini tengah rancak membina "rumah" burung walit untuk mendapatkan sarangnya..dengan permintaan dan harga yang tinggi maka "rumah" burung walit ini semakin banyak dibina dikampung Betanak dan kampung2 sekitarnya..persoalannya,adakan pemilik "rumah" burung walit ini mempunyai lesen? siapakah pemilik "rumah" burung walit ini? setelah memantau kedudukan "rumah" burung walit ini di kampung Betanak,ia dibina ditengah kawasan kampung,memang tidak sesuai..ia boleh mengganggu ketenteraman penduduk kampung disini..kepada pembaca atikel Blog ini,harap memberi pendapat atau komen,macam mana dan dimana tempat sesuai untuk "rumah" burung walit ini dibina.
Khamis, 12 Ogos 2010
BETANAK: Rumah burung walit
Kampung Betanak dan kampung2 sekitarnya pada ketika ini tengah rancak membina "rumah" burung walit untuk mendapatkan sarangnya..dengan permintaan dan harga yang tinggi maka "rumah" burung walit ini semakin banyak dibina dikampung Betanak dan kampung2 sekitarnya..persoalannya,adakan pemilik "rumah" burung walit ini mempunyai lesen? siapakah pemilik "rumah" burung walit ini? setelah memantau kedudukan "rumah" burung walit ini di kampung Betanak,ia dibina ditengah kawasan kampung,memang tidak sesuai..ia boleh mengganggu ketenteraman penduduk kampung disini..kepada pembaca atikel Blog ini,harap memberi pendapat atau komen,macam mana dan dimana tempat sesuai untuk "rumah" burung walit ini dibina.
Rabu, 7 Julai 2010
PERINGATAN!!
Assalamualaikum,..disini saya ingin menegaskan bahawa blog "otai79betanak" BUKAN blog politik sepertimana yang diperkatakan oleh sesetengah pihak..Blog "otai79betanak" adalah blog untuk tatapan umum,bukan nya blog politik..diharap dengan penjelasan ini tiada lagi pihak
yang beranggapan blog "otai79betanak" sebagai blog politik (sila rujuk Tirai Otai79 sebelah kanan Blog)..
sekian...salam.
Selasa, 27 April 2010
BETANAK: Disebalik pemandangan yang indah.
Sungguh indah pemandangan dikampung halamanku kampung Betanak..jauh dari kesibukan kota..nampak tenang dan indah sekali mata memandang...akan tetapi disebalik keindahan dan ketenangan ini,ada sesuatu yang kekurangan enak mata memandang serta telinga mendengar..antaranya ialah:
1.Jalan2 kpg yg sudah rosak teruk tampa pemantauan pihak berwajib.
2.Kampung ini juga tiada bekalan air bersih (air paip)..punca bekalan utama air penduduk disini adalah air tadahan hujan..air tadahan hujan ini lah digunakan untuk minum,.mandi,.membasuh pakaian,.memasak dan sebagainya..
3.Apibila musim kemarau panjang,bekalan air tadahan hujan dalam "tong biru" sudah tidak mencukupi atau sudah kering kontang,maka penduduk disini tiada jalan lain selain mendapatkan sumber air dari tengah2 hutan menggunakan sampan..begitulah keperitan dan penderitaan penduduk disini bila tiba musim kemarau.
\
PETA LOKASI KAMPUNG BETANAK
Isnin, 26 April 2010
UDANG SALAI (Kupas)
Udang salai ialah udang yang telah dibuang kulitnya dan di susun diatas tapak tempat menyalai(babat)..kerjanya agak rumit sedikit..kulit udang dibuang dan isinya dicuci dengan air bersih sebanyak 3 kali..selepas itu barulah disusun diatas tempat menyalai (babat) setelah siap semua baru lah diletak tepi bara api dan dijaga sampai udang tersebut betul~betul kering@masak..kalau tidak dijaga takut nanti udang yang disalai hangus.
BETANAK: Makanan kegemaran penduduk
Ikan lumek panggang (lumek pais)
Udang salai (kupas)
Inilah antara makanan kegemaran penduduk disini..ikan lumek panggang dalam daun atau lebih dikenali dengan panggilan penduduk disini "ikan lumek pais" dan satu lagi yang dalam piring tu ialah udang salai atau "kupas"...inilah makanan yang paling saya dan penduduk disini gemari.
Udang salai (kupas)
Inilah antara makanan kegemaran penduduk disini..ikan lumek panggang dalam daun atau lebih dikenali dengan panggilan penduduk disini "ikan lumek pais" dan satu lagi yang dalam piring tu ialah udang salai atau "kupas"...inilah makanan yang paling saya dan penduduk disini gemari.
BETANAK: Perpustakaan Desa
Ahad, 25 April 2010
RM28 JUTA UNTUK KOTA ANGROPOLITAN (Berita baik untuk penduduk di Pulau Beruit )
MUHYIDDIN Yassin diiringi George Chan Hong Nam (kiri) bersalaman dengan para penduduk sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Tekajong, Pulau Bruit, Mukah, Sarawak, semalam.
MUKAH 19 April - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM28 juta untuk melaksanakan dua projek besar bagi membangunkan kawasan Pulau Bruit, dekat sini sebagai Kota Agropolitan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, RM18 juta akan digunakan untuk membangunkan program agropolitan bagi menjana ekonomi di kawasan yang mempunyai lebih 9,000 penduduk itu.
Katanya, pembangunan di Pulau Bruit itu akan dilaksanakan secara menyeluruh dengan memodenkan kegiatan pertanian dan nelayan di kawasan tersebut memandangkan pulau ini terletak dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).
Dalam pada itu, katanya, RM10 juta pula akan digunakan untuk menyediakan bekalan air bersih di pulau berkenaan yang ketika ini hanya bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai.
''Insya-Allah, kerja-kerja awal sudah dikenalpasti serta pelaksanaan penyediaan bekalan air bersih ini akan dilakukan dengan kadar segera meskipun projek ini dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang pelaksanaannya pada tahun depan.
''Sementara itu, pelaksanaan projek agropolitan pula diharap dapat memberikan penduduk yang miskin tegar di kawasan ini kepada kehidupan yang lebih baik dengan program ekonomi yang lebih terancang, tersusun serta moden," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tekajong, Pulau Bruit dekat sini petang ini.
Hadir sama dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam serta Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar dan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, pembangunan sektor pendidikan juga menjadi keutamaan kerajaan dan pihaknya mempertimbangkan untuk membina sebuah sekolah menengah atau vokasional di Pulau Bruit.
Jelasnya, kerajaan bersedia mengeluarkan peruntukan untuk membina sekolah menengah di pulau berkenaan apabila tapak tanah untuk pembinaannya sudah dikenalpasti.
''Kita mahu generasi baru di Pulau Bruit pada masa akan datang menjadi orang profesional atau pemimpin tertinggi negara, maka perkara ini harus kita jaga, meskipun projek pembinaan sekolah tidak ada dalam buku saya hari ini.
''Namun, jika sudah ada tapak untuk sekolah, maka saya akan usahakan untuk mendapatkan peruntukan bagi membangunkan sekolah menengah atau vokasional di Pulau Bruit," katanya......(petikan akhbar pada 20 april 2010 utusan malaysia)
Sabtu, 24 April 2010
IKAN LUMEK
Ikan lumek banyak terdapat dikampung Betanak dan kampung sekitarnya juga,..isi ikan ni sedap,.lebih sedap lagi kalau dah disalai,(ikan lumek salai),.lumek salai sangat rumit sikit keja nya,..kena potong kepala,.buang isi perut,.kena cuci dengan air bersih kemudian barulah di salai kat tempat yang dikhaskan untuk menyalai ikan ni,..bukan setakat tu je,.kena jaga sampai siap,takut ikan lumek hangus,.lumek salai makanan kegemaran penduduk disini.
Jumaat, 23 April 2010
PANDANGAN: Khas untuk tatapan wakil rakyat N36
KUMPULAN PENTING MASA KENDURI~KENDARA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI "ORANG DALAM"
STRUKTUR RUMAH DI KAMPUNG BETANAK
Semua rumah penduduk disini hampir sama,.ada tiang tinggi dan kita kena naik tangga untuk masuk kedalam rumah,.tk sama dgn rumah kampung ditempat lain..sruktur rumah disini memang dibuat macam ni,sebab kawasan pekampungan disini bedekatan dengan laut dan selalu dilanda air pasang besar atau orang panggil 'air bah'
Khamis, 22 April 2010
MANG (udang darat)
siapa kenal haiwan ni?..penduduk disini khususnya penduduk kampung betanak cukup kenal dengan haiwan ni,.penduduk disini menggelar haiwan ni (MANG) atau UDANG DARAT,.ini adalah salah satu makanan tradisi penduduk disini,kebiasaannya haiwan ini banyak terdapat di kampung ni bila musim hujan atau musim air pasang besar,.isi haiwan ni lebih kurang sama dengan isi ketam nipah.
SUASANA PEMANDANGAN DESA DI KAMPUNG BETANAK
Rabu, 21 April 2010
BOT LAJU MAJU BETANAK
BOT ENJIN SANGKUT: Pengangkutan utama penduduk Betanak
PETANI: Pekerjaan utama penduduk (sumber pendapatan utama)
Jasa petani tak boleh kita lupakan begitu juga dengan penduduk dikampung Betanak
petanian adalah pekerjaan dan sumber rezeki utama mereka selain menangkap ikan(nelayan)...yang uniknya padi~padi yang ditanam tidak sama dgn padi~padi ditempat lain contohnya;padi Bario,padi y,.padi saga dan bnyk lagi jenis2 padi yang lain dan tidak terdapat ditempat-tempat lain khususnya disemenanjung..Padi~padi ini mendapat sambutan yang tinggi oleh peraih2 padi@beras dibandar sarikei dan sibu,harga padi@beras ini sngt tinggi,ini juga antara faktor yang menyebabkan hampir semua penduduk disini menanam padi sebagai sumber pendapatan utama mereka.
NELAYAN: Antara pekerjaan utama penduduk.
Nelayan adalah sumber pendapatan utama kampung Betanak,..ia mengikut musim seperti musim ikan,.musim udang(payak),.musim obor~obor dan musim udang kecil(bubuk)...pada musim tengkujuh penduduk di kampung Betanak tidak pergi kelaut seperti mana nelayan~nelayan ditempat lain juga,masa ini lah nelayan~nelayan disini mencari sumber pendapatan lain seprti mencari ketam,,lokan dan sebagainya dan ada juga yang melapangkan masa bersama keluarga serta bercucuk tanam secara kecil~kecilan untuk menampung keperluan harian.
BEGOTONG~ROYONG MASA KENDURI~KENDARA
Langgan:
Catatan (Atom)






