06-11-2010 Banjir Kilat @ air pasang besar melanda Kampung Betanak:
Beginilah keadaannya bila musim
air pasang besar atau
banjir kilat...selalunya
banjir kilat melanda di
kepulauan Beruit pada penghujung tahun dalam bulan
november hingga
mac tahun berikutnya,keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk disini,permasalahan utama akibat banjir kilat ini adalah kerosakan tanaman padi dan para nelayan tidak dapat turun kelaut untuk menangkap ikan atau udang..pada tahun ini 2010
banjir kilat agak luar biasa,kerana
tali air (ban) pecah menyebabkan air masin melimpah kedalam bendang sawah dan keseluruh pelusuk kampung menyebabkan padi semua rosak dan jalan kampung dipenuhi lumpur,disebabkan kejadian bencana alam ini,penduduk disini mengalami kerugian yang agak besar kerana hasil tanaman padi mereka telah rosak teruk akibat bencana ini.