Sabtu, 9 Oktober 2010
BETANAK: Kemeriahan Dihari Raya Aidilfitri
Beginilah kemeriahan hari raya dikampung Betanak..tahun ini (2010) hari raya disambut dengan sederhana tapi tetap meriah dengan karenah anak-anak kecil yang datang kerumah untuk menjamu kuih muih dan untuk mendapatkan duit raya daripada tuan punya rumah,itulah adat kebiasaan dikampung ini dan kampung-kampung bersebelahan...sempena dihari raya ini,penduduk akan bekunjung kerumah rakan-rakan sekampung dan sudara mara terdekat untuk berhari raya dan meminta ampun serta maaf sekiranya ada salah dan silap diantara mereka manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.jesteru itu penduduk disini mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan setibanya dihari raya aidilfitri..penduduk disini sentiasa memelihara keharmonian dalam keluarga mereka..Bekunjunglah ke Kampung Betanak untuk merasa sendiri kemeriahan dihari raya aidilfitri walaupun disambut secara sederhana tetapi tetap meriah.
BETANAK: Suasana Dihari Raya Aidilfitri
Selepas sembahyang dipagi hari raya penduduk disini akan pergi menziarahi kubur untuk membaca yasin dan al-fatihah kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia..selepas menziarahi kubur,penduduk disini akan pergi kerumah masing-masing untuk meminta ampun dan maaf dari mak dan ayah masing-masing dan selepas itu penduduk disini menjamu selera dipagi hari raya...sebelah petang pula penduduk disini akan bertandang kerumah saudara mara untuk menjamu kuih muih (belanggar meja @ melatak lebuk) sambil bersalaman tanda minta maaf seandainya ada diantara mereka membuat kesilapan.
Langgan:
Catatan (Atom)