
Selepas sembahyang dipagi hari raya penduduk disini akan pergi menziarahi kubur untuk membaca yasin dan al-fatihah kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia..selepas menziarahi kubur,penduduk disini akan pergi kerumah masing-masing untuk meminta ampun dan maaf dari mak dan ayah masing-masing dan selepas itu penduduk disini menjamu selera dipagi hari raya...sebelah petang pula penduduk disini akan bertandang kerumah saudara mara untuk menjamu kuih muih (belanggar meja @ melatak lebuk) sambil bersalaman tanda minta maaf seandainya ada diantara mereka membuat kesilapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan