Ahad, 15 Ogos 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

BETANAK: Jalan Parit@Ban Jalan utama penduduk kampung Betanak untuk berhubung dengan kampung bersebelahan.

Inilah jalan utama penduduk disini dan penduduk sekitar kampung bersebelahan untuk berhubung apabila ada kecemasan untuk ke klinik kampung Tekajong atau klinik kampung Betanak..Jalan ini juga hanya boleh digunakan bila air pasang..Begitu juga dengan aktiviti2 lain seperti melawat saudara mara,kenduri kendara,musim perayaan dan sebagainya,hanya jalan ini sahaja yang boleh mereka gunakan untuk berhubung antara satu sama lain..Apabila air surut,jalan sungai ini atau "BAN" nama gelaran penduduk disini,tidak dapat diguna disebabkan air terlalu cetek. Enjin bot sangkut sangat popular disini,kerana hanya ini saja "kenderaan" penduduk disini untuk berhubung dengan penduduk kampung2 bersebelahan.

BETANAK: Tong Biru tempat air tadahan hujan

Kampung Betanak adalah antara kampung yang terletak dikawasan Pulau Beruit..kampung ini dan juga kampung2 bersebelahan lain yang ada di kepulauan Beruit ini tiada kemudahan asas khususnya bekalan air bersih (air paip).Kesemua kampung yang ada di kepulauan Beruit ini hanya menggunakan air tadahan hujan yang disimpan didalam TONG BIRU atas sumbangan kerajaan..Air tadahan hujan tadi digunakan untuk memasak,membasuh kain,membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya..Apa bila musim kemarau panjang,penduduk disini akan mendapatkan punca air dari hutan dengan menggunakan sampan untuk kedestinasi air tersebut..Bekalan air dari hutan semakin berkurangan pada hari ini disebabkan oleh kerja-kerja ladang kelapa sawit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...