Ahad, 15 Ogos 2010
BETANAK: Tong Biru tempat air tadahan hujan
Kampung Betanak adalah antara kampung yang terletak dikawasan Pulau Beruit..kampung ini dan juga kampung2 bersebelahan lain yang ada di kepulauan Beruit ini tiada kemudahan asas khususnya bekalan air bersih (air paip).Kesemua kampung yang ada di kepulauan Beruit ini hanya menggunakan air tadahan hujan yang disimpan didalam TONG BIRU atas sumbangan kerajaan..Air tadahan hujan tadi digunakan untuk memasak,membasuh kain,membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya..Apa bila musim kemarau panjang,penduduk disini akan mendapatkan punca air dari hutan dengan menggunakan sampan untuk kedestinasi air tersebut..Bekalan air dari hutan semakin berkurangan pada hari ini disebabkan oleh kerja-kerja ladang kelapa sawit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan