Ahad, 19 Disember 2010

BETANAK: Sejarah Asal-Usul Kampung Betanak

Menurut cerita penduduk kampung, Kampung Betanak mula wujud pada tahun 1915. Sekumpulan kaum Melanau Liko datang dan membuka kampung ini. Mereka berpindah dari Balingian untuk mencari penempatan baru untuk didiami. Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Betanak mempunyai ilmu batin yang mampu menewaskan musuh. Oleh kerana ilmu yang dimilikinya itu, beliau mampu menewaskan serangan lanun yang mahu menceroboh penempatan mereka. Setiap lanun yang menjejakkan kaki ke tanah kampung akan menemui ajal. Lanjutan daripada peristiwa itu, nama Betanak diambil untuk menamakan penempatan baru mereka itu.

2 ulasan:

TAIPINGMALI (TM) berkata...

Kampung ni sudah tukar nama kah? Yang saya tahu ialah Kp Petanak dulu hanya ada satu jalan masuk daripada Kg Kuala Lama. Kini ada jalan baru boleh terus ke Bandar Mukah.

ANNUAR RAMLI berkata...

Taipingmali:Asal nama kpg ini telah dicerita sendiri oleh orang2 tua dikpg Betanak...Petanak tu terletak dikuching..pasar petanak,..harap maklum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...