Jumaat, 15 April 2011
PULAU BERUIT: Penduduk Pulau Beruit Akan Dipindah kekawasan Berhampiran Tanjung Manis.
PADA Program Ziarah bersama MARA di Pulau Bruit, pagi tadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan rancangan pemindahan penduduk dari pulau berkenaan ke kawasan penanaman kelapa sawit berhampiran Tanjung Manis di Belawai.
"Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) sudah bersetuju untuk menyediakan tanah seluas hampir 3,000 hektar sebagai tapak pemindahan dan Kerajaan Pusat akan menanggung kos lebih RM100 juta untuk membuka penempatan itu.
"Penduduk di kawasan pulau itu memerlukan tempat baru untuk memastikan mereka lebih produktif sekali gus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan